Ahad, 13 November 2011

PORTAL NKRA (LINUS) & RALAT

Pihak FasiLINUS Tongod (Telupid) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berjaya menyelesaikan tanggungjawab memasukkan data saringan 3 &6 ke dalam Portal NKRA (LINUS) pada 8-9 November 2011 yang lalu. Pihak FasiLINUS menasihatkan semua guru-guru agar memeriksa semula data yang dimasukkan dan membetulkannya sekiranya perlu.Terima kasih.

Rabu, 2 November 2011

BENGKEL PENGISIAN DATA LINUS, SARINGAN 3 & 6

Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel Pengisian Data LINUS (Saringan 3 & 6) ke PORTAL NKRA KPM (LINUS) akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 08-09 November 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : PKG Telupid

Adalah diharapkan saudara/saudari dapat menyediakan dan membawa bersama bahan-bahan berikut:

1. Borang Pelaporan Data saringan LINUS (Saringan 3 & 6) yang telah disahkan oleh GB/Pen.Kanan (Hardcopy & Softcopy)
2. Komputer Riba
3. Extension Wire
4. Broadband

Segala kerjasama saudara/saudari didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.