Khamis, 7 Mac 2013

Instrumen Saringan 1 LINUS - Membaca & Lisan (Tahun 1,2 & 3) 2013

Salam 1 Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Saringan 1 LINUS (Tahun 1,2 & 3), 2013 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh seperti berikut:

Membaca & Lisan                 : 11 Mac - 19 April 2013
Menulis                                 : 21 - 30 April 2013
Memasukkan data saringan : 6 - 17 Mei 2013
Sehubungan dengan itu, Instrumen Saringan 1 - Baca & Lisan (Tahun 1, 2 & 3) boleh dimuat turun bermula pada hari ini. Sila klik di SINI untuk memuat turun instrumen tersebut.

Pihak sekolah juga dikehendaki untuk melakukan beberapa perkara berikut seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Lembaga Peperiksaan) melalui surat makluman bertarikh 5 Februari 2013 (rujukan:KP.LP.007.03.6(83)):

Sila ambil perhatian bahawa instrumen di atas adalah hanya untuk Saringan Membaca & Lisan sahaja. Pihak kami akan memaklumkan kepada sekolah sekiranya Saringan Menulis LINUS telahpun ada untuk diedarkan kepada pihak sekolah kelak.

Marilah kita bersama-sama menjayakan pelaksanaan Program LINUS 2.0 untuk Tahun 2013 ini agar kejayaan anak-anak kita nanti dapat dibanggakan oleh ramai pihak apatah lagi untuk anak-anak itu sendiri.

Selasa, 5 Februari 2013

Mesyuarat Pengurusan & AJK Task Force LINUS Bil.1/2013 - TAHNIAH -

Salam 1 Malaysia...

Pihak PPD Tongod(Telupid) - UPA - FasiLINUS mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan TAHNIAH di atas kerjasama pihak sekolah menghadirkan diri di dalam Mesyuarat Pengurusan & AJK Task Force LINUS Bil.1/2013 pada 04 Februari 2013 yang lalu.

Kami amat menghargai sumbangan anda di dalam mesyuarat yang telah dijalankan dan kami mengharapkan agar semua perkara yang perlu diambil tindakan oleh pihak sekolah dapat diselesaikan dengan segera. Segala pertanyaan, pihak sekolah boleh menghubungi Pegawai FasiLINUS di Unit Pengurusan Akademik, PPD Tongod(Telupid).

Sekian, terima kasih.

Khamis, 31 Januari 2013

Mesyuarat Pengurusan & TaskForce LINUS Bil.1/2013

Salam 1 Malaysia ..

Adalah dimaklumkan bahawa Satu Mesyuarat Pengurusan & TaskForce LINUS  Bil.1/2013 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 04 Februari 2013 (Jumaat)
Masa     : 08:00 pagi
Tempat : PKG (Pusat Kegiatan Guru), PPD Tongod (Telupid)

Semua Guru Besar Cemerlang/Guru Besar dan Penyelaras LINUS adalah WAJIB untuk hadir ke mesyuarat ini untuk membincangkan perkara-perkara penting Pelaksanaan Program LINUS 2013.

Surat panggilan mesyuarat telahpun diedarkan kepada semua sekolah rendah semenjak 2 minggu yang lepas ke dalam Pigeon Hole sekolah masing-masing. Sila maklumkan kepada UPA (Unit FasiLINUS) sekiranya tuan/puan belum lagi menerima surat panggilan mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 27 Januari 2013

Anugerah Kecemerlangan LINUS 2012

Salam 1 Malaysia.

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tongod (Telupid) - UPA (Ketua Unit dan Semua Pegawai FasiLINUS) mengucapkan TAHNIAH kepada semua sekolah rendah (31 buah sekolah) yang akan menerima Anugerah 100% PERDANA (PROGRAM LINUS NKRA) di dalam Majlis Aprisiasi Kecemerlangan Akademik (MAKA) yang akan berlangsung pada 02 Februari 2013 anjuran Unit Pengurusan Akademik (PPD Tongod(Telupid)). Diharapkan dengan pengiktirafan yang akan diberikan ini akan menjadikan warga sekolah lebih berusaha lagi di dalam memperjuangkan nasib Murid-Murid LINUS ke arah sesuatu yang lebih baik dan bermakna. TAHNIAH diucapkan sekali lagi.....Anda (Warga Sekolah) adalah pemaju anak bangsa.......

Pegawai FasiLINUS Baharu PPD Tongod (Telupid)

Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog budiman.

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Tongod (Telupid) telah menerima 2 orang Pegawai FasiLINUS baharu bagi mengisi kekosongan sedia ada. 2 orang Pegawai FasiLINUS baharu tersebut adalah:

1. 
Nama : Pn Moilin @ Marina Tati
Sekolah Asal : SK Pekan Telupid
Jawatan Terkini : Pegawai FasiLINUS (LITERASI)

2.
Nama : Pn. Jessica Edward
Sekolah Asal : SRK Pekan Tongod
Jawatan Terkini : Pegawai FasiLINUS (NUMERASI)

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada kedua-dua Pegawai FasiLINUS baharu ini dan adalah diharapkan agar semua warga sekolah Daerah Tongod (Telupid) dapat memberikan sepenuh kerjasama kepada kedua-dua pegawai ini di dalam pelaksanaan Program LINUS Daerah Tongod (Telupid) pada tahun ini khasnya dan tahun-tahun berikutnya amnya.

Isnin, 9 Julai 2012


Salam Sifar LINUS,

Instrumen Linus Bertulis Saringan 2 Tahun 2 dan Saringan 8 Tahun 3 kini boleh diambil di Unit Pengurusan Akademik.

Kumpulan murid yang menduduki Saringan 2 ialah semua murid Tahun 1, manakala Saringan 8 ialah murid LINUS dan LINUS Tegar Tahun 3 berdasarkan data Saringan 6, 2011.

Bagi murid - murid Tahun 2, 2012, mereka telah menduduki Saringan Khas pada bulan Mei 2012. Oleh itu Saringan 5 bagi murid LINUS Tahun 2, tidak akan dijalankan tetapi murid tersebut perlu menduduki Saringan 6 kelak.

Kerjasama semua sekolah untuk mengambil tindakan seperti berikut;

  1. Menerima Instrumen Saringan 2 dan Saringan 8 daripada PPD.
  2. Menyimpan instrumen saringan di tempat yang selamat.
  3. Menjalankan saringan Literasi dan Numerasi mengikut prosedur yang ditetapkan.
  4. Memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 8 mulai 23 Julai HINGGA 3 Ogos 2012.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penyelaras LINUS dan juga Fasilinus Daerah.

P/s. Bagi sekolah yang menghadapi masalah capaian Internet, UPA telah menyediakan khidmat Komputer dan Internet PERCUMA bagi kemudahan tuan/puan mengisi data saringan.

Tuan PPD, DRs Mahanin Osman bertemu bual dengan murid Pend. Khas di SRK Pekan Tongod

Ahad, 20 Mei 2012

SAPS dan Kursus Modul Linus Asas 3

Perhatian kepada semua Guru Linus Tahun 2. Sila ambil perhatian dengan tarikh mengisi data Saringan Khas LINUS Tahun 2 dalam SAPS.

Sekiranya cikgu - cikgu menghadapi masalah mengisi data dalam portal tersebut. Sila hantar rumusan ujian tersebut kepada Fasilinus untuk bantuan kemanusiaan.


Kepada Guru Linus Tahun 3,

Bengkel Modul Linus Asas 3 akan diadakan pada ketetapan berikut.

LITERASI : 21 Mei 2012, PKG Telupid

NUMERASI : 22 Mei 2012, PKG Telupid

Sila hantar guru yang mengajar subjek berkenaan di tahun 3 bersama dengan guru pemulihan kesayangan masing - masing.


Isnin, 14 Mei 2012

SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2

 

Salam sejahtera,

Instrumen Saringan Khas LINUS Tahun Dua boleh sudah diambil di PPD mulai hari ini 14 Mei 2012. Sila jalankan saringan khas Linus Tahun 2 walaupun minggu ni bertembung dgn Peperiksaan Penggal 1. 

Sebagai makluman dan peringatan;

Tarikh Pelaksanaan Saringan : 14 - 18 /5/2012
Key In Data : 21/5 -1/6/2012

Sila laksanakan lebih awal saringan Khas ini untuk mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah ketidak hadiran murid.

Terima kasih.

Khamis, 3 Mei 2012

TAHNIAH!

 
Salam Sejahtera,

Kami mengucapkan tahniah kepada SEMUA SEKOLAH  kerana telah membantu PPD Tongod (Telupid) dalam pengisian data Linus Tahun 1 dan Tahun 2 2012. 100% PADA 28 APRIL 2012.

Saringan Khas Linus Tahun 3 kini telah siap 100%. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua pihak. Respon dan tindakan pantas cikgu - cikgu amat dipuji.

Sekian dan terima kasih.

Rabu, 25 April 2012

SARINGAN KHAS LINUS

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan tarikh pengisian SARINGAN KHAS LINUS dilanjutkan sehinga 3 MEI 2012 (RABU). Sekolah yang menghadapi masalah tidak dapat key - in data dalam SAPS, sila rujuk terus dengan kami di PPD.

Antara masalah yang dikesan dan penyelesaian adalah;
  1. Guru Subjek tidak mendaftarkan subjek ajar dalam SAPS.Sila daftar guru subjek terlebih dahulu sebelum proses pengisian data dapat dilakukan.
  2. SU Peperiksaan PERLU MENGESAHKAN data saringan Khas LINUS tahun 3 (seperti prosedur MP lain) supaya status pengisian dianggap lengkap.
  3. Murid tidak ada dan ada murid berpindah - PK 1 perlu mengemaskini APDM kemudian barulah SU Peperiksaaan SAPS mengimport data dari APDM melalui SAPS untuk mengemaskini data murid.

Terdapat 3 sekolah lagi belum melengkapkan data saringan LINUS untuk tahun 1 dan 2 di PORTAL NKRA.

Kerjasama sekolah dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian dan terima kasih.

Isnin, 16 April 2012

Sekadar mengingatkan

Salam sejahtera,

Ini sekadar mengingatkan kepada semua sekolah dalam daerah Tongod dan Telupid bahawa tarikh akhir mengisi data LINUS di NKRA ialah pada 20 April 2012.

Bagi sekolah yang tidak ada capaian internet. Sekolah bolehlah ke PPD pada 19 April 2012 iaitu Bengkel Pengisian Data LINUS NKRA di PKG Telupid.


PENGISIAN SARINGAN KHAS LINUS (TAHUN 3)
BERMULA DARI 16 APRIL - 27 APRIL 2012
 
Proses pengisian data Saringan Khas LINUS dibuat dalam SAPS. Sila klik SAPS. Tarikh pengisian data Saringan Khas LINUS kohort 1 (Tahun 3) bermula pada 16 April 2012 hingga 27 April 2012.

Manual pengisian data Saringan Khas LINUS 1 2012 boleh dimuat turun DI SINI.
Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.

Sekian dan harap maklum.

http://4.bp.blogspot.com/_ASd3nWdw8qI/TSXmEpZqUiI/AAAAAAAAAX4/3D6Jb9-ytFg/s1600/Task_Jan_06_Main.png

Jumaat, 6 April 2012

Instrumen LINUS

Berita baik,

Instrumen Saringan LINUS akan diedarkan pada 09 April 2012. Sila ambil saringan untuk sekolah tuan di PPD mulai jam 10 pagi.

Sekian dan harap maklum.

Isnin, 2 April 2012

EDARAN BAHAN BERCETAK INSTRUMEN SARINGAN 1, 2 DAN KHAS

Dukacita dimaklumkan intrumen saringan yang sepatutnya diedarkan mulai minggu ini menghadapi kesulitan yang tidak dapat dielakkan. (waran lambat diturunkan dari KPM).

Kami akan memaklumkan tarikh mengambil instrumen dari PPD melalui InfoBlast, E-mail dan Blog dalam masa terdekat ini.

Apapun, kami mengalu - alukan inisiatif "Pelan Kecemasan" terutamanya sekolah - sekolah SKM.

Sekali lagi, sebarang kesulitan amat dikesali.

Selasa, 27 Mac 2012

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 9 TAHUN 2012

Kepada semua penyelaras LINUS dan Guru - Guru LINUS,

Suka kami menarik perhatian tuan puan kepada surat siaran KPM [download] yang menerangkan dengan lebih lanjut akan perkara di bawah.

  1. Semua murid (termasuk Arus Perdana) perlu menduduki tiga saringan setiap tahun sepanjang Tahap 1, mulai murid tahun 1, 2012.
  2. Semua murid tahun 2 dan tahun 3 bagi tahun 2012, perlu mengikuti Saringan Khas.
  3. Seorang murid dianggap telah mencapai tahap LITERASI dan NUMERASI apabila telah melepasi Konstruk 12.
Sekian dan harap maklum.

JADUAL TERKINI SARINGAN BERTULIS

Selamat sejahtera dan salam SIFAR LINUS,

Untuk makluman, saringan bertulis (saringan 1, 4 dan saringan khas) akan dijalankan selama 2 minggu iaitu bermula 2 April - 13 April 2012.

Pengisian data saringan dalam portal adalah pada 16 April - 27 April 2012. Tarikh pengisian data PPD ialah pada 19 April 2012 (Khamis).

Instrumen bertulis masih dalam proses percetakan. Instrumen akan diagihkan selewat - lewatnya pada 03 April 2012.

Sekian dan harap maklum.


Selasa, 6 Mac 2012

MEMPERKASA PENGGUNAAN EMAIL UPA

Salam kepada semua guru - guru pakar IT di sekolah,

Sejajar dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan PPD Bil. 2 Tahun 2012 bertarikh 05 Mac 2012. PPD akan memperkasakan penggunaan email sebagai inisiatif tambahan kepada usaha penyampaian maklumat segera dari PPD ke Sekolah dan sebaliknya.


Langkah PERTAMA.

SEMUA SEKOLAH dikehendaki membuat email GMAIL berdasarkan format berikut;

username: 
kodsekolah@gmail.com
cth : xba2222@gmail.com

password : 
reka sendiri...yang penting diketahui oleh pentadbir dan guru penyelaras.


Langkah KEDUA. 

Sila hantar email kepada upappdtongod@gmail.com melalui email sekolah tadi untuk makluman kami di UPA.

Langkah KETIGA.

Wajibkan memeriksa EMAIL setiap hari SABTU dan ISNIN. (Setiap hari lagi baik).

Langkah KEEMPAT.

Semoga dengan penggunaan email ini, urusan sekolah menghantar maklumat ke PPD akan lebih senang dan lancar. (Guru yang menggunakan Galaxy Tab pasti suka dengan inisiatif ini).

Sekian dan terima kasih.

"Takkan kerana tiadanya peruntukan...kita gadaikan kecemerlangan anak - anak di sekolah"