Sejajar dengan usaha JPN dalam Jerayawara Pelancaran SPEED
dan AKUN, PPD Tongod (Telupid) telah bermesyuarat dan memutuskan untuk
mengadakan Jerayawara PPD ke 3 zon iaitu Penangah, Tongod dan Telupid.
Program ini ada inisiatif turun padang daripada PPD baru,
Yg. Bhg. En. Mahanin Osman untuk melihat sendiri sekolah – sekolah dalam daerah
dan bersemuka dengan semua staff pendidikan.
Aktiviti dalam program ini bukan
sahaja untuk mencanangkan Program SPEED dan AKUN (JPN Sabah) kepada semua warga pendidik dalam daerah, tetapi
juga untuk memperkenalkan dengan lebih jelas akan peranan pegawai - pegawai dan unit –
unit yang ada dalam PPD serta memberi peluang kepada staff pendidikan di zon
yang terlibat mengemukakan isu – isu penghalang kecemerlangan yang dihadapi di
sekolah masing – masing.
Agenda lain dan penting dalam Jerawara PPD Tongod (Telupid)
ini ialah untuk melancarkan VISI dan MISI serta SLOGAN PPD Tongod (Telupid)
untuk tahun 2012 – 2016.
Adalah diharapkan agar semua warga pendidik di Daerah Tongod
dan Telupid mengambil peluang ini untuk menimba ilmu dan membina motivasi.
“Setiap yang kita lakukan....biarlah dengan niat yang betul.
Kerana bekerja dengan niat yang betul akan mendapat hasil
yang betul.”
~Mahanin Osman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan