Rabu, 11 Januari 2012

DATA PENCAPAIAN LINUS MURID KOHORT 1 (TAHUN 3)

Makluman ini ditujukan kepada sekolah - sekolah berikut;
  1. SK. Gabungan
  2. SK. Inarad
  3. SK. Entilibon
  4. SK. Saguon
  5. SK. Pekan Tongod
Perkara ini adalah merujuk kepada surat KPM, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Nombor Rujukan KP(BPPDP) 601/006/03/25 (40), bertarikh 06 Januari 2012.

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini sedang menjalankan Kajian Kesan Program LINUS terhadap Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah yang terlibat di atas adalah dikehendaki membekalkan data pencapaian LINUS murid Kohort 1 Tahun 3 Saringan 1 hingga 6 berdasarkan templet EXCEL yang disertakan.


Surat berkenaan perkara ini telah diedarkan ke dalam peti sekolah di PPD. Bagi mempercepatkan proses maklumbalas, pihak sekolah bolehlah menghantar data tersebut melalui email: linusppdtongod@gmail.com sebelum 13 Januari 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan