Ahad, 26 Februari 2012

SARINGAN 1 DAN 4


Kepada semua penyelaras LINUS,

CD Instrumen LINUS daripada LPM telahpun diedarkan kepada semua sekolah. Sekiranya cikgu belum dapat instrumen berkenaan, sila download di sini. INSTRUMEN SARINGAN 1 DAN 4 LINUS.

Sila laksanakan Ujian Lisan seperti yang termaktub dalam jadual dengan tulus dan ikhlas.

Untuk makluman, instrumen Bertulis akan dicetak oleh PPD Tongod (Telupid), surat siaran berkenaan dengan perkara ini akan diedarkan kelak melalui InfoBLAST, Email dan Peti Sekolah.

Harap Maklum.

P/S Untuk tahun 3 (Kohort 1), cikgu - cikgu adalah digalakkan memperkayakan murid - murid perdana dan memulihkan segera murid LINUS / LINUS TEGAR dengan menggunakan bantuan modul dan instrumen saringan LINUS tahun 2.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi FasiLINUS kesayangan anda...^_^

Ahad, 19 Februari 2012

JERAYAWARA PPD TONGOD (TELUPID)


Sejajar dengan usaha JPN dalam Jerayawara Pelancaran SPEED dan AKUN, PPD Tongod (Telupid) telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengadakan Jerayawara PPD ke 3 zon iaitu Penangah, Tongod dan Telupid.



Program ini ada inisiatif turun padang daripada PPD baru, Yg. Bhg. En. Mahanin Osman untuk melihat sendiri sekolah – sekolah dalam daerah dan bersemuka dengan semua staff pendidikan. 

Aktiviti dalam program ini bukan sahaja untuk mencanangkan Program SPEED dan AKUN (JPN Sabah) kepada semua warga pendidik dalam daerah, tetapi juga untuk memperkenalkan dengan lebih jelas akan peranan pegawai - pegawai dan unit – unit yang ada dalam PPD serta memberi peluang kepada staff pendidikan di zon yang terlibat mengemukakan isu – isu penghalang kecemerlangan yang dihadapi di sekolah masing – masing.

Agenda lain dan penting dalam Jerawara PPD Tongod (Telupid) ini ialah untuk melancarkan VISI dan MISI serta SLOGAN PPD Tongod (Telupid) untuk tahun 2012 – 2016.


Adalah diharapkan agar semua warga pendidik di Daerah Tongod dan Telupid mengambil peluang ini untuk menimba ilmu dan membina motivasi.

“Setiap yang kita lakukan....biarlah dengan niat yang betul.
Kerana bekerja dengan niat yang betul akan mendapat hasil yang betul.”
~Mahanin Osman

Ahad, 12 Februari 2012

PPD TONGOD (TELUPID)


Pihak UPA dan FasiLINUS mengalu – alukan kedatangan Pegawai Pelajaran Daerah Tongod (Telupid) yang baru Yg. Berbahagia En. Mahanin Osman.


Sesungguhnya kedatangan tuan amat ditunggu – tunggu bagi melancarkan pelaksanaan pentadbiran di PPD ini.

p/s Pihak FasiLINUS amat bersyukur dengan kehadiran Tuan PPD yang baru ini, kerana sejak dari hari pertama beliau melapor diri, banyak insiatif dan usaha memperkasakan PPD Tongod (Telupid) ini dilaksanakan dengan bersungguh - sungguh. Para FasiLINUS bertekad akan menyokong segala usaha beliau dan memegang tugas - tugas tambahan dalam UPA dengan komited dan iklhas.

Selasa, 7 Februari 2012

Kesimpulan Mesyuarat Pengurusan LINUS Bil.1 / 2012



FasiLINUS mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama tuan / puan dalam mesyuarat hari ini.

Banyak dapatan yang kita kongsikan hari ini, dan adalah besar harapan PPD agar tidak ada kecairan maklumat berlaku di sekolah masing – masing.

Apa yang penting, maklumat yang disampaikan dimaklum dan diambil tindakan sewajarnya di sekolah masing - masing mengikut panduan yang telah diberikan.

  1. Pelan Tindakan dan Takwim FasiLINUS Daerah Tongod (Telupid).
  2. Pengurusan Fail Penyelaras LINUS yang seragam.
  3. Jadual Saringan Terkini.
  4. Headcount. – KOHORT 1KOHORT 2KOHORT 3 -
  5. Jawatankuasa PLP (Prasekolah, LINUS dan Pemulihan).
  6. Merancang pengisian untuk Program PLC (Professional Learning Community).
  7. Perkongsian Sekolah. - LINAYUKANENTILIBON - PENANGAH -

Berikut adalah Sekolah – Sekolah di bawah seliaan FasiLINUS.

ARON
SIMON
DUISAH
SK. Gabungan
SK. Kiandongo
SK. Kironggu
SK. Kopuron
SK. Maliau
SK. Masaum
SK. Pekan Telupid
SK. Pekan Tongod
SK. Saguon
SK. Sogo – Sogo
SK. Ulu Ansuan
SK. Ansuan
SK. Buis
SK. Inarad
SK. Kiabau
SK. Minusuh
SK. Tampasak
SK. Tangkungon
SK. Telupid
SK. Ulu Sapi
SK. Wonod
SK. Bintang Mas
SK. Entilibon
SK. Imbak
SK. Kenang – Kenangan
SK. Keramuak
SK. Langkabong
SK. Linayukan
SK. Menanam
SK. Mengkawago
SK. Penangah

Jumaat, 3 Februari 2012

JADUAL SARINGAN LINUS TAHUN 2012


Ruj : JP(SB)/600(01)/100/67JLD3 (14)
Tarikh : 02 Feb 2012

Perhatian kepada semua penyelaras LINUS. Berikut dilampirkan Jadual Saringan LINUS 2012 untuk rujukan kita semua.

Sila ambil perhatian, Saringan 5 Kohort 2 (Tahun 2) dan Saringan 7 untuk Kohort 1 (Tahun 3) adalah tidak dijalankan. Sehubungan dengan itu, Saringan Khas akan dijalankan ke atas murid Kohort  1 (Tahun 3) dan Kohort 2 (Tahun 2). Walau bagaimanapun, tarikh yang dinyatakan belum muktamad.

Sungguhpun demikian, FasiLINUS akan bergerak ke sekolah – sekolah bagi melaksanakan Verifikasi Data Murid Perdana bagi Kohort 1 dan 2 sebelum tarikh Saringan Khas tersebut.

Harap Maklum.

SARINGAN
BACA / LISAN
PENULISAN
DATA KE PORTAL
TARIKH PENGISIAN DATA JPN SABAH
S1 & S4
26 FEB – 30 MAC
1 – 6 APR
9 – 20 APR
16 APR
S2 & S8
17 JUN – 13 JUL
15 – 20 JUL
23 JUL – 3 OGOS
30 JUL
S3, S6 & S9
23 SEPT – 12 OKT
14 – 19 OKT
22 OKT – 9 NOV
29 OKT
SARINGAN KHAS TAHUN 3
-
19 – 23 MAC
(belum muktamad)
26 – 29 MAC
28 MAC
SARINGAN KHAS TAHUN 2
-
14 – 18 MEI
(belum muktamad)
21 – 24 MEI
23 MEI

Nota : Saringan 5 & Saringan 7 tidak dijalankan