Salam Sifar
LINUS,
Instrumen
Linus Bertulis Saringan 2 Tahun 2 dan Saringan 8 Tahun 3 kini boleh diambil di
Unit Pengurusan Akademik.
Kumpulan
murid yang menduduki Saringan 2 ialah semua murid Tahun 1,
manakala Saringan 8 ialah murid LINUS dan LINUS Tegar Tahun 3
berdasarkan data Saringan 6, 2011.
Bagi murid -
murid Tahun 2, 2012, mereka telah menduduki Saringan Khas pada bulan Mei 2012.
Oleh itu Saringan 5 bagi murid LINUS Tahun 2, tidak akan dijalankan tetapi
murid tersebut perlu menduduki Saringan 6 kelak.
Kerjasama
semua sekolah untuk mengambil tindakan seperti berikut;
- Menerima Instrumen Saringan 2 dan Saringan 8 daripada PPD.
- Menyimpan instrumen saringan di tempat yang selamat.
- Menjalankan saringan Literasi dan Numerasi mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 8 mulai 23 Julai HINGGA 3 Ogos 2012.
Sebarang
pertanyaan sila berhubung dengan Penyelaras LINUS dan juga Fasilinus Daerah.
P/s. Bagi
sekolah yang menghadapi masalah capaian Internet, UPA telah menyediakan khidmat
Komputer dan Internet PERCUMA bagi kemudahan tuan/puan mengisi data saringan.
Tuan PPD, DRs Mahanin Osman bertemu bual dengan murid Pend.
Khas di SRK Pekan Tongod