Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Kami (FasiLINUS) mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua warga PPD dan Sekolah terutamanya rakan - rakan Guru Linus dan Pemulihan daerah Tongod & Telupid.

Tahun ini merupakan fasa terakhir untuk kita melaksanakan program LINUS untuk Kohort 1. Justru cabaran besar menanti kita untuk bersama - sama memastikan anak - anak murid kita ini mencapai 100% literate dan numerate sebelum mereka melangkah ke Tahap 2 tahun depan.

Apapun, rakan - rakan guru linus sekalian, janganlah risau dan merasa terbeban. Ini kerana, kita telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik pada tahun lepas dan mendapat pujian daripada pihak JPNS. Ini bermakna, kita sudah berada di landasan yang betul, dan kita hanya perlu meneruskan usaha - usaha gigih memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak - anak murid kita ini bersama - sama.

TAHNIAH! diucapkan kepada beberapa sekolah dalam daerah Tongod dan Telupid yang berjaya mencapai 100% murid arus Perdana, begitu juga yang telah berjaya mencapai KPI. Sesungguhnya PENCAPAIAN ANDA KEBANGGAAN KAMI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan